Tuesday, October 19, 2021

Ilmu Ainon Mohd

Sedekah pada kucing 
.
Lead like muhammad 
.
Buku lead like muhammad 
.
buku komunikasi untuk pemimpin 
.
buku teknik ucapan berpengaruh 
.
buku how to win friends and influence people 
.
jual diri dengan menjual muka 
.
menjadi orang interesting 
.
likeability 
.
pelaburan sosial 
.
bercakap dalam trek sendiri 
.
peranan reference group 
.
panduan skill networking 
.
menjadi nice person 
.
kepandaian berkata- kata 
.
cara betul beri arahan 
.
utamakan memelihara hubungan baik 
.
mengemukakan pendapat 
.
menjadi orang likeable 
.
menjadi individu interesting 
.
bisnes adalah berkawan- kawan 
.
menarik dan berpengaruh 
.
modal sosial 
.
karisma 
.
bergaul dengan orang positif 
.
diam bukan munafik 
.
kesan terima pujian 
.
menjadi nice person 
.
memuji diri sendiri 
.
menjadi nice person : dermakan 
.
menjadi nice person : jangan salahkan sesiapa 
.
menjadi nice person : simpan saja dalam hati 
.
menjadi nice person : memuji satu perkataan 
.
menjadi nice person : ringan tulang 
.
menjadi nice person : jangan sinis 
.
menjadi nice person : bertimbang rasa 
.
menjadi nice person : sentiasa jaga sopan santun 
.
menjadi nice person : manusia suka bercakap pasal diri sendiri 
.
komplimen untuk perempuan pintar 
.
staff suka berfikir 
.
skill diplomasi 
.
prinsip diam 
.
bahasa karismatik 
.
staf mesti diberi target kerja 
.
kawan tolong kawan 
.
pendukung bisnes 
.
pandai berbual- bual 
.
jangan membela diri , jalan terus ! 
.
kawan bergaduh ? kita tengok saja . 
.
ada orang kita benci ? lakukan ini . 
.
personal branding 
.
.
.
sampai sini stop- nya !
jolok- jolok buah . 
.
.
.















Rahsia Seorang Jutawan

Satu hari semasa saya sedang menunggu bas , saya di datangi oleh seorang lelaki separuh umur yang berpakaian kemas . Beliau bertanyakan arah tetapi saya tidak tahu dengan pasti lokasinya . 

Kami berbual mesra seolah- olah seperti kawan lama . Kami bercerita tentang hal ehwal semasa sehinggalah kepada bisnes . Pada satu ketika beliau berhenti bercerita dan dengan nada serius beliau ingin mendedahkan satu rahsia yang jarang diketahui orang . Beliau memberitahu bahawa , ramai orang yang telah mendengarnya tetapi hampir semuanya tidak mengambil perhatian , walaupun ianya boleh mendatangkan kekayaan kepada sesiapa yang menggunakannya . 

Telinga saya mula bergetar mendengar setiap apa yang beliau katakan . Beliau seolah- olah perasan saya begitu taksub sehingga beliau memberi amaran seperti seorang yang sedang marah . Saya cuba mengingati setiap perbualan kami sebaik yang boleh . 

Jutawan : Jangan buat kesalahan besar dengan melupakan apa yang ingin saya beritahu , walaupun anda pernah mendengarnya sebelum ini . Saya pasti anda tentu pernah mendengarnya daripada seseorang paling kurang sekali dalam hidup anda . Mungkin juga anda pernah mendengarnya beberapa kali . Rahsia dalaman ini , jika digunakan dalam bisnes akan menyebabkan wang mengalir ke dalam hidup anda seperti air yang turun dari gunung tanpa henti . 

Sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat atau pelajaran boleh menggunakannya . Dan prinsip ini jika digunakan dalam perhubungan , anda akan mempunyai ramai kawan sehingga tidak terlayan . 

Saya : Apa rahsianya itu , saya tidak sabar hendak tahu ! 

Jutawan : Sabar sahabat , sabar . Saya tidak akan beritahu anda seperti mana yang pernah anda dengar sebelum ini daripada seseorang yang tidak faham atau menghormati ilmu . Tidak ! Saya akan berikan kepada anda dengan satu cara yang lain . Apa bisnes anda sekarang ? 

Saya : Hmm !! Saya buat urusniaga Pos dan internet . Saya menempah iklan dan menjual buku . 

Jutawan : Ok , cukup menarik ! Gaya Pos memang perniagaan yang unik . Biar saya beritahu anda bagaimana untuk menjana kekayaan dalam Gaya Pos. Apa yang mesti anda buat ialah mencipta satu produk yang anda sendiri hendak beli . 

Saya : Hmm !! Saya tidak faham maksud anda ! 

Jutawan : Anda akan faham nanti . Cuba lihat , anda adalah pasaran anda . Apa yang anda mahukan , berjuta lagi orang lain juga mahukan benda yang sama . Produk terlaris yang sedang anda cari , juga adalah produk sama yang sedang dicari- cari oleh orang lain juga sekarang ini . 

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencipta satu produk yang anda sendiri hendak beli , satu produk yang anda sendiri mahukan . 

Dan apabila anda sudah mendapat produk itu , tanya soalan ini pulak . Apakah mesej jualan yang ingin anda berikan supaya anda tahu ianya adalah produk yang sedang anda cari . Jika orang lain sedang menjual produk ini , bagaimanakah iklan tersebut berbunyi supaya anda akan membelinya . Jika anda tahu jawapannya , itulah iklan yang perlu anda gunakan . 

Saya : Oh , begitu (teragak- agak)

Jutawan : Cuba lihat kedai di depan sana (Restoran) . Saya boleh gandakan pendapatannya 3 kali ganda dalam masa 10 minit . Itu pun yang sebenarnya saya lakukan (tersenyum) . 

Apa yang saya perlu lakukan ialah masuk ke dalam Restoran tersebut sebagai pelanggan . Saya duduk dan bayangkan semua perkara yang boleh dilakukan ke atas saya yang akan menyebabkan saya menjadi pelanggan setia mereka seumur hidup . Apa yang boleh mereka lakukan kepada saya yang menyebabkan saya rasa seperti itu . Selepas saya mendapat jawapan kepada soalan tersebut , saya akan lakukan kepada semua pengurusan . Setiap pelanggan akan dilayan seperti apa yang saya bayangkan . Tanpa keraguan , keuntungan mereka pasti akan meningkat tiga kali ganda daripada sekarang . 

Saya : Saya rasa saya tahu ... !!

Jutawan : Tunggu , anda belum tahu apa- apa pun lagi . Itulah masalah yang terjadi kepada semua orang . Mereka tidak mengambil kisah tentang sesuatu oleh sebab dari mana ianya datang atau mereka sudah mendengarnya beberapa kali . 

Anda tidak akan tahu selagi anda belum fikirkan secara mendalam dan gunakan . 

Saya : Ok ! 

Jutawan : Apa yang saya beritahu anda mempunyai satu kuasa yang tidak mampu anda bayangkan . Walau sepotong ayat juga tidak mampu untuk menghuraikannya . Apa yang saya beritahu anda adalah Peraturan , bukan peraturan manusia tetapi yang Maha Kuasa . 

Ianya menunjukkan bagaimana sesuatu berfungsi dan sesiapa yang faham dengan sebenarnya akan berjaya dalam apa jua bidang sekalipun . Apa yang orang tidak faham ialah ianya boleh digunakan untuk semua perkara . Rahsia ini boleh digunakan dalam setiap langkah yang anda ambil , semua perkara yang anda lakukan dan setiap perkataan yang anda ucapkan . 

Jika anda seorang penulis , tulis seperti yang anda hendak ianya dituliskan !! 
Jika anda seorang jurujual , jual seperti mana yang anda hendak ianya dijualkan !! 
Jika anda seorang penceramah , berucap seperti mana yang anda hendak ianya diucapkan !! 
Jika anda mahukan lebih kasih sayang , sayangi seseorang seperti mana anda hendak disayangi !! 
Jika anda mahukan lebih ramai kawan , jadilah sahabat seperti mana yang anda mahukan !! 

Jika anda seragamkan semua yang anda lakukan dengan rahsia ini , sesuatu yang ajaib akan berlaku . Bisnes mendominasi pasaran , buku menjadi laris (best- seller) , pemimpin menarik lebih ramai pengikut setia . 

"Bagaimanakah yang anda mahukan ?"
"Apakah reaksi anda ?"
"Apakah yang anda rasakan ?"

Itulah soalan- soalan yang perlu anda tanya setiap kali anda mahu melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu . Anda akan menyelami hati dan perasaan seseorang di bawah pengaruh anda , apabila anda fikirkan bagaimana jika ianya berlaku kepada diri anda terlebih dahulu . 

Walaupun bisnes Gaya Pos saya masih terdapat kekurangan , tetapi saya masih menjana wang yang agak lumayan . Rahsia dalaman inilah jawapannya . Saya selalu bertanya kepada diri sendiri , "Bagaimanakah saya ingin dilayan oleh syarikat ini ?" , "Apakah yang ingin saya lihat ?" , "Apa yang saya mahukan ?"

Soalan- soalan mudah itu adalah tugas anda untuk menjawabnya . Apabila anda sudah mendapat jawapannya , cuba lakukan dan lihat hasilnya . 

Popular Posts